Mukhtarul Hadits

Pengantar

Mukhtarul Hadits

Oleh:  Habib Umar bin Salim bin Hafidz

Buku ini merupakan karya Umar bin Salim bin Hafidz, dimana Beliau menyusun kitab tersebut dengan mengurutkan isi kitab tersebut berdasarkan abjad dalam bahasa Arab( ا sampai ي) dan berisi 59 hadits.

sebagai catatan buku tersebut digunakan untuk menghafal di Darul Mustafa di Yaman

**masih berbahasa malaysia***

Insya Allah Menyusul

Hadith 1

undefined

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Hadith 1 – Innamal a’maalubinniyyat wa innama likullimri in ma nawa faman kanat hijratuhu ilallahi wa rasuluhi fahijratuhu ilallihi wa rasulihi faman kanat hijratuhu liddunya yuSibuha awimra atin yankihuha fahijratuhu ila mahajara ilaihi (Rawahu Bukhari wa Muslim)

Maksud Hadith – “Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat,dan setiap orang memperolehi apa yg diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana mengejar keduniaan atau kerana perempuan yg ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu atas apa yg diniatkannya.”

Hadith 2

undefined 

Hadith 2 – Abghadur rijaali ilallahi aladdul khasim (Rawahul Bukhari wa Muslim)

Maksud Hadith – “Sebenci-benci lelaki disisi Allah ialah mereka yang suka bertengkar/ bergaduh/ mencari kesalahan orang lain.”

Hadith 3

undefined 

Hadith 3 – Ittaqillaha haisuma kunta wa atbi’issayyi atal hasanata tamhuha wa khaalaqinnaasa bi khuluqin hasan (Hadisun hasan Rawahut-Tarmizi)

Maksud Hadith – “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan nescaya kamu dapat menghilangkan kejahatan dan bermu’amalat dengan manusia dengan akhlak yang baik.”

Hadith 4

undefined 

Hadith 4 – Ahabbul bilaadi ilallahi masajiduha wa ab-ngadhul bilaadi ilallahi aswaquha (Rawahu Muslim)

Maksud Hadith – “Sebaik-baik(yang disukai) tempat bagi Allah ialah masjid-masjid dan seburuk-buruk(yang dibenci) tempat bagi Allah ialah pasar-pasar.”

Hadith 5

undefined 

Hadith 5 – Ahabbullaha lima yaghzhukum bihi min ni’mihi wa ahibbuni lihubbillahi wa ahibbu ahli baiti lihubbi (Rawahu At-tarmizi)

Maksud Hadith – Cintailah Allah Taala atas apa yang diberikan kepada kamu makanan dari nikmat-nikmatNya, dan cintailah aku (Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam) kerana Allah mencintaiku dan cintailah ahli keluargaku kerana Allah mencintaiku.

Hadith 6

undefined 

Hadith 6 – Birru aabaa akum tabirrukum abnaa ukum wa’iffu ta’iffu nisaa’ukum (Hadisun Hasan Rawahut-Tabrani)

Maksud Hadith – “Hormatilah (berbuat baik) kamu terhadap kedua ibubapamu maka anak-anakmu akan hormati (berbuat baik) terhadap kamu dan jangan kamu itu mengusik perempuan nanti perempuan kamu (isteri/ anak perempuan) akan diusik.”

Hadith 7

undefined 

Hadith 7 – Bashiril masya-ina filzhulami ilal masajidi binnuurit tammi yaumal qiyamah (Hadisun Sahih Rawahu Abu Daud)

Maksud Hadith – “Berilah khabar gembira kepada orang-orang yg berjalan kaki didalam kegelapan ke masjid dengan cahaya yg terang-menderang pada hari kiamat.”

Hadith 8

undefined 

Hadith 8 – Baina kulli azhanaini Solatan liman sya-a (Rawahu Bukhari wa Muslim)

Maksud Hadith – “Diantara kedua azan itu (azan dan iqamah) solat berapa banyak yg kamu inginkan.”

Hadith 9

undefined 

Hadith 9 – Albakhilu man zhukkirtu ‘indahu falam yuSalli ‘alayya (Hadisun Sahih Rawahul Imami Ahmad)

Maksud Hadith – “Orang yang bakhil ialah apabila orang yang menyebut namaku padanya dia tidak berSelawat atasku.”

Hadith 10

undefined 

Hadith 10 – Attajirril amiiniSSudukul muslim ma’asy syuhada-i yaumal qiyamah (Hadisun Sahih Rawahul Hakim)

Maksud Hadith – “Peniaga-peniaga yang amanah,benar, dan muslim, mereka bersama-sama para syuhada’ pada hari qiamat.”

Hadith 11

undefined 

Hadith 11 – Thalathatun la-turfa’u Solatuhum fauqa ra-u-sihim syibra: rajulun amma qauman wahum lahu kaarihuna wa amra-atun batat wazaujuha ‘alaiha sahit wa-akhwanun mutaSariman (Hadisun Hasan Rawahu Ibnu Majah)

Maksud Hadith – “3 golongan manusia yang tidak diangkat solatnya walau sekadar sejengkal dari kepala: seorang lelaki yang ingin menjadi Imam, sedangkan ma’mum membencinya dan seorang isteri yang tidur dalam keadaan suaminya marah kepadanya dan 2 orang saudara yang bergaduh/bertikam lidah.”

Hadith 12

undefined 

Hadith 12 – Jalisul kubara-u wa sa-i-lul ‘ulama’ wa khalitul hukama’ (Hadisun Sahih Rawahut-Tabrani)

Maksud Hadith – “Duduklah/berkawanlah dengan orang-orang tua/besar dan bertanyalah pada ‘ulama dan bergaullah dengan hukama’(bijak pandai dan bercakap benar).”

Hadith 13

undefined 

Hadith 13 – Jahidul musyrikin bi-amwalikum wa-anfusikum wa-alsinatikum (Hadisun Sahih Rawahu Ahmad)

Maksud Hadith – “Berjihadlah kamu ke atas orang-orang musyrikin dengan harta kamu dan jiwa(diri) kamu dan lisan(kata2) kamu.”

Hadith 14

undefined 

Hadith 14 – Jaddidu imaanakum akthiru min qauli: Lailaha ilallah (Hadisun Sahih Rawahu Ahmad)

Maksud Hadith – “Perbaharuilah iman kamu dengan memperbanyak menyebut kalimah: Laaailaha illallah.”

Hadith 15

undefined 

Hadith 15 – Hubbud dunya ra’su kulli khati-atin (Rawahu Baihaqi)

Maksud Hadith – “Cinta kepada dunia punca segala kemusnahan/maksiat.”

Hadith 16

undefined 

Hadith 16 – Huffatil jannatu bilmakaarihi wa huffatinnaru bisy-syahawat (Rawahu Muslim)

Maksud Hadith – “Dikelilingi syurga itu dengan perkara-perkara yang tidak disenangi (dibenci) dan dikelilingi neraka itu dengan hawa nafsu (disukai).”

Hadith 17

undefined 

Hadith 17 – Khamsun min haqqil muslim ‘alal muslim: Raddu tahiyyati wa-i-jabatudda’wa-ti-wasyuhudul janaazati wa-’iyadatul marid watasymitul ‘atisi i-zha hamidallah. (Hadisun Sahih Rawahu Ibnu Majah)

Maksud Hadith – “5 hak seorang muslim ke atas muslim: menjawab salam/penghormatan dan memenuhi ajakan dan berjalan dgn jenazah dan menziarahi org sakit dan apabila org bersin dia mengucapkan alhamdulillah.”

Hadith 18

undefined 

Hadith 18 – Khiyaarukum ahaasinukum akhlaaqa (Rawahu Bukhari wa Muslim)

Maksud Hadith – “Sebaik-baik kamu ialah orang yang memperelokkan akhlaknya.”

Hadith 19

undefined 

Hadith 19 – Khairukum man ta’lamal quraana wa ‘alamah (Rawahu Bukhari)

Maksud Hadith – “Sebaik-baik kamu adalahsesiapa yang mempelajari Al-Quran dan menyampaikanny/mengajarkannya.”

Hadith 20

undefined 

Hadith 20 – Al-khalqu kulluhum ‘iyaalullah fa-ahhabbuhum ilallah anfa’uhum li’iyalihi (Rawahu Abu Ya’la)

Maksud Hadith – “Setiap makhluk yang berada di muka bumi ialah faqir Allah dan yang paling dicintai Allah ialah mereka yang memberi manfaat/faedah kepada keluarganya.”

Hadith 21

undefined 

Hadith 21 – Da’ maa yariibuka ila maalaa yariibuk (Hadisun Sahih Rawahun Nasai’)

Maksud Hadith – “Tinggalkan suatu perkara yang menjadi syak dalam hati kamu kepada suatu perkara yang tidak menjadi syak (yaqin).”

Hadith 22

undefined 

Hadith 22 – Ad-du’a bainal azhan wal-iqaamah mustajabun fad-u’ (Hadisun Sahih Rawahu Abu Ya’la)

Maksud Hadith – “Doa antara azhan dan iqamah itu mustajab, maka berdoalah kamu.”

Hadith 23

undefined 

Hadith 23 – Zhaaqa ta’mal iiman man radhiya billahi rabba wa bil islami deena wa bimuhammadin Rasuula (Rawahu Muslim)

Maksud Hadith – “Akan merasalah kelazatan iman bagi orang-orang yang redha Allah itu tuhannya dan Islam merupakan agamanya dan Nabi Muhammad (S.A.W) sebagai rasulnya.”

Hadith 24

undefined 

Hadith 24 – Rubba asy-’atha aghbar madfu-’a bil abwaabi lau aqsama ‘alallahi laabrrah (Rawahu Muslim)

Maksud Hadith – “Barangkali orang yg rambutnya penuh dgn debu (tidak terurus) ditolak keluar dari pintu jika dia bersumpah dgn nama Allah akan ditunaikan dgn serta-merta.”

Hadith 25

undefined 

Hadith 25 – Raka’atal fajri khairu minad dun-ya wama feeha (Rawahu Tarmizi)

Maksud Hadith – “Dua rakaat fajar itu lebih baik dari dunia dan seisinya.”

Hadith 26

undefined 

Hadith 26 – Raka’ataani bisiwaki khairun min sab-’i-na raka’atin bingairi siwak (Rawahul Darul Quthni)

Maksud Hadith – “Dua rakaat dengan bersiwak lebih baik dari 70 rakaat solat tanpa bersiwak.”

Hadith 27

undefined 

Hadith 27 – Arrahimuna yar hamuhumurrahmaanu tabaaraka wa ta’aala irhamuu man fil ardi yarhamukum man fissamaa-i. ( Hadithun Shoheh Rawahu Ahmad)

Maksud Hadith – “Orang yg pemurah dikasihi(dirahmati) Allah yg bersifat Maha Pemurah dan Mulia, kasihilah kamu akan makhluk-makhluk di dunia nescaya makhluk-makhluk di langit akan mengasihi kamu.”

Hadith 28

undefined

Hadith 28 – Zuurul qubuur fainnahaa tuzhakkiru kumul aakhiroh.(Rawahu Ibnu Majah)

Maksud Hadith – “Ziarahilah kamu akan kubur sesungguhnya ia mengingatkan kamu akan akhirat.”

Hadith 29

undefined 

Hadith 29 – Zayyinul quraana biaswaatikum. (Rawahu Muslim)

Maksud Hadith – “Perelokkan bacaan kamu akan al-Quran dengan suara-suara kamu.”

Hadith 30

undefined 

Hadith 30 – Suuratu tabaaraka hiyalmaani’atu min ‘azhaabil qobri. (Hadisun Hasan Rawahu Ibnu Marduwiyyah)

Maksud Hadith – “Surah Tabarak(Al-Mulk/ Al-Furqan) itu mencegah dari azab kubur.”

Hadith 31

undefined 

Hadith 31 – Syafaa’ati liahlil kabaa iri min ummati. (Hadisun Hasan Rawahu Ahmad)

Maksud Hadith – “Syafaatku adalah kepada orang-orang yg berdosa besar daripada umatku.”

Hadith 32

undefined 

Hadith 32 – Sodaqotus sirri tutfii ughodhobur rab. (Hadisun Hasan Rawahu Tabraani)

Maksud Hadith – “Sedekah yg sembunyi menutup kemarahan Allah.”

Hadith 33

undefined 

Hadith 33 – Solaatul jamaa’ati tafdhulu solaatul fazzhi bi sab’in wa’isyriinadarojah. (Rawahu Bukhori wa Muslim)

Maksud Hadith – “Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat.”

Hadith 34

undefined 

Hadith 34 – To-’aamul ithnaini kaafith thalathah waTo-’aamuth thalaathati kaafil arba’ah (Rawahul Bukhari wa Muslim)

Maksuh Hadith – “Makanan yang untuk 2 orang itu mencukupi untuk 3 orang, dan makanan yang untuk 3 orang itu mencukupi untuk 4 orang.”

Hadith 35

undefined 

Hadith 35 – Tolabul halaali waajibun ‘ala kulli muslim (Hadithu hasan Rawahul Dailami)

Maksud Hadith – “Pencarian yang halal itu wajib ke atas setiap Muslim.”

Hadith 36

undefined 

Hadith 36 – Ngudwatun fii sabilillah aurauhatun khairum minad-dun-ya wama fiiha (Rawahu Bukhari wa Muslim)

Maksud Hadith – “Berpagi-pagi pada jalan Allah atau bermalam-malam ke jalanNya lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

Hadith 37

undefined 

Hadith 37 – Nganiimatu majaalisil az-zhikril jannah (Rawahu Ahmad)

Maksud Hadith – “‘Harta rampasan’ bagi orang-orang yang menghadiri majlis-majlis zikir/ ilmu itu adalah syurga.”

Hadith 38

undefined 

Hadith 38 – Faatimatun bidh-’atun minni yaqbidhuni maa yaqbidhuhaa wa yabsuTuni ma yabsuTuhaa wa-innal ansaaba tanqaTi-’a yaumal qiyamati ngairi nasabi wasababi waSihri (Rawahu Hakim)

Maksud Hadith – “Fatimah itu separuh daripadaku, aku marah apa yg membuatkan dia (Fatimah) marah, dan aku suka apa yg disukainya, dan sesungguhnya semua nasab akan terputus pada hari kiamat melainkan nasabku dan sebab adanya (percampuranku) perkahwinanku dan ipar-iparku.”

Hadith 39

undefined 

Hadith 39 – Farqun maa bainanaa wa bainal musyrikinal ‘amaa-ima ‘alal qalaanis (Rawahu Abu Daud)

Maksud Hadith – “Perbezaan di antara kita (kaum muslim) dan kaum musyrikin ialah dengan memakai serban di atas songkok.”

Hadith 40

undefined 

Hadith 40 – Qalallahu ta’ala: Ana ‘inda zhan ‘abdi bi falyazun bii maa sha-a (Hadithun Sahih Rawahu Hakim)

Maksud Hadith – “Firman Allah Ta’ala: Aku ini di sisi (dekat) orang yang zhan (seorang hamba yang bersangka) padaku, maka perelokkanlah zhan kamu padaku dalam apa-apa perkara(di antara waktu-waktu yang mustajab du’a).”

Hadith 41

undefined 

Hadith 41 – Qulhu wallahu ahad, ta’dilu thuluthul quran (Rawahu Bukhari)

Maksud Hadith – “Qulhu wallahu ahad itu menyamai satu pertiga Quran.”

Hadith 42

undefined 

Hadith 42 – Kafa bil mar-i kazhiban an-yahdatha bikulli ma sama’ (Rawahu Muslim)

Maksud Hadith – “Cukuplah dengan seorang lelaki itu dikira sebagai pembohong dgn menceritakan apa yang didengarinya (tanpa ada bukti)”

Hadith 43

undefined 

Hadith 43 – Kalimataani hafifataani ‘alal lisaani thaqilataani fil mizan habibitaani ilal rahman: Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahil ‘aZim (Rawahu Bukhari wa Muslim)

Maksud Hadith – 2 Kalimah yang ringan di lidah tetapi berat di timbangan (al-mizan) dan dicintai Allah Yang Maha Pengasih: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNYA, Maha Suci Allah Yang Maha Agung

Hadith 44

undefined 

Hadith 44 – Likulli syai-in Safwatu waSafwatus Salaati at-takbiratul uu-la (Hadithun hasan Rawahu Al-Baihaqi)

Maksud Hadith – “Setiap sesuatu itu ada yang paling baik (mutiara), dan yang paling baik dalam solat ialah takbir di awal (takbiratul ihram bersama Imam).”

Hadith 45

undefined 

Hadith 45 – Laukaanatid dun-ya ta’dilu ‘indallahi janaaha ba-’udhatin maa saqa kaafira minha syarbatan ma’ (Hadithun sahih Rawahu At-Tarmizhi)

Maksud Hadith – “Jika Dunia menepati nilai sehelai sayap nyamuk disisi Allah, nescaya ( Allah ) tidak memberi minum kepada orang kafir walau seteguk.”

Hadith 46

undefined 

Hadith 46 – Man salaka Tareeqan yaltamisu feehi ‘ilman sahalallahu lahu Tareeqan ilal jannah (Hadithun hasan Rawahu At-Tarmizhi)

Maksud Hadith – “Barangsiapa yang berjalan mencari ilmu di sisi Allah, maka akan dipermudahkan baginya jalan ke syurga.”

Hadith 47

undefined 

Hadith 47 – Man Sallal ‘isya-a fee jama’atin faka-annama qama nisfu laili wa man Sallas Subha fee jama’atin faka-annama Sallal laila kullah (Rawahu Muslim)

Maksud Hadith – “Barangsiapa yang solat i’sya’ berjemaah seolah-olah dia telah bangun (beribadat) separuh malam, dan barangsiapa yang solat Subuh berjemaah seolah-olah dia telah bangun seluruh malam.”

Hadith 48

undefined 

Hadith 48 – Al-mar-u ma’a man ahab (Rawahu Bukhari)

Maksud Hadith – “Seseorang itu bersama orang yang dicintainya.”

Hadith 49

undefined 

Hadith 49- Ni’mal i-daamul khal (Rawahu Muslim)

Maksud Hadith – “Sebaik-baik makanan itu ialah cuka (bersyukur dengan apa yang ada – sedap atau tidak, berharga mahal atau tidak)”

Hadith 50

undefined 

Hadith 50 – Hal tarzuqu na wa tanSuruuna illa bidhu’afa-eekum (Rawahu Bukhari)

Maksud Hadith – “Tidakkah kamu mengetahui bahawa rezeki dan pertolongan yang Allah berikan pada kamu itu tidak lain kerana du’a dari orang-orang yang miskin.”

Hadith 51

undefined 

Hadith 51 – Halakal mutanat-Ti-’un (Rawahu Muslim)

Maksud Hadith – “Hancurlah orang-orang yang melakukan kekerasan bukan pada tempatnya (perbuatan mahupun perkataan).”

Hadith 52

undefined 

Hadith 52 – Wallazhi nafsi biyadihi laayu’minu ‘abdun hatta yuhibba li-akhi-hi ma yuhibbu linafsihi minal khair (Rawahu An-Nasa-i)

Maksud Hadith – “Demi nyawaku(diriku) di tangan Allah, tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia cintai dirinya untuk kebaikan.”

Hadith 53

undefined 

Hadith 53 – La-akilun wa ana muttaki-un (Rawahul Bukhari)

Maksud Hadith – “Aku tidak memakan makanan dalam keadaan aku itu bersendeng (bersandar).”

Hadith 54

undefined 

Hadith 54 – LaatuSaahibu illa mu’minan wala ya’kulu To’amaka illa taqi (Hadithu sahih Rawahu Ahmad)

Maksud Hadith – “Janganlah kamu itu berkawan kecuali dengan orang mukmin, dan janganlah kamu memberi makan kecuali pada orang yang bertaqwa.”

Hadith 55

undefined 

Hadith 55 – Lahaulawala quwwata illa billah dawa-un min tis-’atin wa tis-’in da-a aysaraha alhamu (Hadithu hasan Rawahu Ibni Abi Al-Duniya)

Maksud Hadith – “Tiada kekuatan melainkan dengan kuasa Allah” adalah penawar kepada 99 penyakit, yang paling kecil ialah penyakit rungsing/ risau( penyakit yang selalunya berkaitan dengan hati).”

Hadith 56

undefined 

Hadith 56 – Yassiru wala tu-’assiruu wayubasy-syiru wala tunaffiru (Rawahu Al-Bukhari wa Muslim)

Makna Hadith – “Senangkanlah (permudahkanlah) dan jangan susahkan dan berilah khabar gembira dan jangan berikan khabar buruk (buatkan orang lari daripadamu).”

Hadith 57

undefined 

Hadith 57 – Ya-u-mul qaumu aqra-uhum lilqur-an (Hadithun Sahih Rawahu Ahmad)

Maksud Hadith – “Orang yang paling patut (diutamakan) menjadi Imam dalam satu kaum adalah orang yang pandai membaca Al-Quran.”

Hadith 58

undefined 

Hadith 58 – Yaghfiru lilsyahidi kulla zhanbi-in illad-din (Rawahu Muslim)

Maksud Hadith – “Orang yang syahid adalah orang yang mati dalam peperangan kerana menegakkan agama Allah.”

Hadith 59

undefined

Hadith 59 – Yaquulullahu ta’ala: Ana ‘inda Zanni ‘abdibi wa-ana ma-’ahu izha zhakarani fa-in zhakarani fi nafsihi zhakartuhu fi nafsi wa-in zhakarani fee mala-in zhakartuhu fee mala-in khairun minhum. Wa-in taqarraba ilayya syibra taqarrabath ilaihi zhira-’an wa-in taqarraba ilayya zharra-’a taqarrabtu ilaihi ba-’an wa-in a-tani yamsyi ataituhu harwalah (Rawahu Al-Bukhari wa Muslim)

Maksud Hadith – Firman Allah Ta’ala:”Aku berada pada i’tiqad hamba-hambaKu,dan Aku bersama mereka yang mengingatiku, bila mereka mengingatiku dalam diri mereka,Aku mengingati mereka dalam diriKU,jika mereka mengingatiKu di hadapan khalayak ramai, Aku mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia daripada itu (para malaikat, anbiya’ , awliya’), jika hambaKu mendekatiku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta, jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku mendekatinya sedepa, dan jika dia mendatangiKu secara berjalan, Aku datanginya secara berlari.”

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: